Tujuan

Tujuan aktiviti ini diadakan untuk menanamkan kecintaan terhadap alam sekitar dalam usaha menjaga kelestarian flora dan fauna. Selain itu, aktiviti ini juga boleh melahirkan pelajar yang berdedikasi dan berketerampilan serta mampu menjadi pemimpin berkaliber selain aktif dalam bidang kokurikulum. Di samping itu, dapat membina jalinan yang erat antara PPD, JPN dan KPM serta mengukuhkan hubungan erat sekolah-sekolah rendah dan menengah.

Aktiviti

Para pelajar yang diiringi oleh guru mereka hadir ke PEDi Kg Ranau untuk menggunakan perkhidmatan komputer dan internet bagi mengakses laman youtube untuk aktiviti pembelajara secara atas talian. Aktiviti ini banyak memberikan pengajaran dalam memupuk semangat untuk menjaga alam sekitar dan usaha bagi mengekalkan kelestarian flora dan fauna. Seterusnya, para pelajar diarahkan untuk menonton beberapa slot video mengenai kempen alam sekitar. Petugas juga sentiasa memastikan para pelajar dapat menggunakan perkhidamatan komputer dengan baik.

Gambar Disini