Tujuan

Tujuan aktiviti STEM iaitu membuat botol sifir ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai pembelajaran STEM (Science, Technology, Engineering dan Matematik) di mana para pelajar dapat menggunakan inovasi ini melalui kaedah STEM. Selain itu, para pelajar dapat menggunakan bahan terbuang seperti boltol air yang boleh dikitar semula untuk dijadikan bahan bacaan sifir. Perkongsian hasil botol sifir yang dihasilkan oleh para pelajar dapat memudahkan mereka untuk menggunakan botol sifir dalam pembelajaran mereka khususnya mata pelajaran matematik.

Aktiviti

Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan mengenai cara untuk menghasilkan botol sifir dengan mudah. Para pelajar telah diarahkan untuk membuat satu kiraan sifir dalam kertas A4 sebelum dilekatkan ke botol yang dikitar semula. Aktiviti ini dapat membantu para pelajar untuk menghafal sifir dengan lebih mudah dan memberikan semangat kepada mereka untuk terus belajar ilmu pengiraan.

Gambar Disini