Tarikh : 19 Oktober 2023 Masa : 7.00Am - 1.00Pm Lokasi : Sk Pekan II Kudat Peserta : 450 Orang |
Tujuan
Program ini dijalankan di Sk Pekan II Kudat dengan penglibatan para pelajar sekolah rendah seramai 450 orang. Kluster PEDi Kota Marudu telah memberikan taklimat mengenai advokasi KDB dan S.A.F.E Internet kepada para pelajar. Selain itu, program ini amat penting untuk diadakan secara berterusan agar dapat membimbing para pelajar dalam penggunaan internet dengan betul dan lebih memahami tentang advokasi klik dengan bijak. Di samping itu, program advokasi ini dapat memberi kesedaran awal kepada para pelajar tentang pentingnya berhati-hati menggunakan media sosial serta internet terutamanya berkenaan dengan maklumat diri. Kluster PEDi Kota Marudu membuat pelbagai insiatif untuk membantu pelajar-pelajar sekolah kawasan Kudat agar lebih berwaspada dan bertanggungjawab dalam menggunakan internet. Seterusnya, Kluster PEDi Kota Marudu juga mempromosikan perkhidmatan PEDi serta kelas dan aktiviti yang dilakukan di PEDi agar mereka lebih tertarik menggunakan perkhidmatan yang ada.
Aktiviti
Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan mengenai PEDi iaitu pusat ekonomi digital yang semakin dikenali dalam kalangan pelajar. Objektif program ini agar dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang kebaikan dan keburukan internet dalam kehidupan seharian. Seterusnya, para petugas turut menyampaikan taklimat mengenai advokasi KDB dan cara penggunaan internet yang betul. Selain itu, petugas juga turut berkongsi tips keselamatan untuk melayari internet dengan cara yang betul dan selamat.