Tujuan

Kelas keusahawanan ini diadakan di PEDi Kg Ranau untuk membantu usahawan yang ingin meningkatkan jumlah pasaran dengan menggunakan aplikasi shopee. Selain itu, Rakan Digital Pedi Kg Ranau juga membantu memberikan penerangan mengenai shopee dimana ia dapat membantu para usahawan khususnya golongan belia agar lebih memahami asas e-dagang. Kelas ini juga  bertujuan bagi memberikan keyakinan kepada usahawan untuk membina kedai online dengan menggunakan aplikasi shopee

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan tunjuk ajar daripada Rakan Digital tentang bagaimana cara untuk membuka akaun kedai shopee secara asas. Seterusnya, rakan digital juga memberikan penjelasan mengenai kelebihan meningkatkan pemasaran produk usahawan. Di samping itu, kelas ini dapat memberikan peluang kepada para peserta yang ingin memulakan perniagaan mereka secara atas talian.

Gambar Disini