Tujuan

Kelas logo stiker ini diadakan di PEDi Kg Ranau bersama usahawan baru yang ingin mencipta logo tersendiri. Selain itu, latihan keusahawanan merupakan satu usaha untuk membantu para peserta menjana pendapatan menerusi platform digital dimana mereka akan mempelajari teknik-teknik asas perniagaan secara online. Banyak manfaat yang dapat dipelajari daripada kelas keusahawanan PEDi.

Aktiviti

Aktiviti membuat logo ini dilakukan secara teori dan praktikal iaitu dengan menggunakan perisian logo maker dan canva daripada petugas PEDi Kg Ranau. Peserta juga akan diajar secara asas bagaimana hendak mencipta sebuah logo dalam bidang usahawan. Logo berkait rapat dengan jenama tersendiri yang memboleh perniagaan mereka dikenali di pasaran. Sepanjang kelas berlangsung, petugas akan memastikan peserta dapat menyiapkan logo dengan kreativiti tersendiri.

Gambar Disini