Tujuan

Aktiviti STEM (penghasilan model buruj) ini telah disertai oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah sekitar PEDi Kg Ranau. Selain itu, aktiviti ini bertujuan untuk membantu para peserta mengenalpasti bentuk dan jenis-jenis buruj. Di samping itu, aktiviti STEM ini dapat mengaplikasikan pemahaman STEM dalam pelbagai jenis aktiviti yang dijalankan di PEDi Kg Ranau.

Aktiviti

Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan mengenai jenis buruj dan bentuk yang perlu dihasilkan oleh para peserta. Aktiviti ini juga dapat mendedahkan peserta dengan penerokaan alam semesta iaitu pendedahan kepada bentuk dan jenis buruj. Para peserta juga diberikan tugasan untuk menghasilkan bentuk buruj dan menjelaskan tentang komponen yang ada dalam buruj tersebut.

Gambar Disini