Tarikh : 19 Disember 2023 Masa : 10.00Am - 12.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Ms Word ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada asas penggunaan komputer dan meningkatkan kemahiran menaip dengan cara yang betul. Para pelajar dapat mempelajari bagaimana cara untuk menggunakan papan kekunci untuk menaip melalui ms word dan mengenali setiap komponen yang terdapat dalam ms word. Tujuan aktiviti ini dijalankan juga adalah untuk membantu para pelajar dalam penulisan surat kiriman rasmi kepada pelajar sekolah. Tambahan pula, aktiviti ini juga untuk menyampaikan betapa pentingnya penggunaan komputer pada masa kini.
Aktiviti
Petugas memulakan dengan sesi penerangan mengenai kepentingan latihan asas menaip dan juga memberi penerangan format surat kiriman rasmi kepada para pelajar. Seterusnya, pelajar akan mengikuti arahan yang diberikan bagaimana untuk membuat surat kiriman rasmi dan mengajar tentang cara-cara menggunakan papan kekunci untuk menaip melalui ms word. Natijahnya, para pelajar dapat memahami cara penggunaan papan kekunci dan kemahiran menaip dengan betul serta dapat mempelajari cara membuat surat kiriman rasmi secara bertaip.