Tujuan

Kelas membuat resume ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada para belia. Selain itu, kelas ini dapat membantu belia untuk mengetahui tentang cara menghasilkan resume yang betul dan lengkap. Tambahan pula, belia dapat menambahkan lagi kemahiran dalam penulisan resume yang perlu dikuasai oleh para belia bagi mendapatkan peluang pekerjaan yang baik.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan daripada petugas PEDi mengenai aplikasi yang akan digunakan untuk menghasilkan resume yang lengkap. Seterusnya, para belia diminta untuk menghasilkan resume mereka mengikut kreativiti masing-masing. Petugas PEDi juga akan terus membantu para belia yang ingin membuat penulisan resume.

Gambar Disini