Tujuan

Kelas masakan bersama cikgu lina dijalankan di PEDi Kg Ranau bersama komuniti setempat yang berminat untuk mengikuti kelas masakan ini. Selain itu, kelas ini juga bertujuan bagi berkongsi sedikit sebanyak kemahiran dalam pembuatan kek viral dalam kalangan wanita yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Di samping itu, kelas ini dapat membantu para peserta belajar membuat brownies, kek tapak kuda dan swiss roll yang merupakan kek viral pada masa kini.

Aktiviti

Para peserta terlebih dahulu diberikan penerangan berkenaan resipi kek yang akan digunakan untuk kelas masakan cikgu lina. Seterusnya, para peserta telah diberikan satu resipi dan teknik untuk membuat kek sambil dibimbing oleh cikgu lina dalam menghasilkan kek masing-masing secara praktikal dengan bantuan tenaga pengajar. Tambahan pula, tenaga pengajar juga telah berkongsi mengenai cara-cara untuk menjadi usahawan secara kecil-kecilan.

Gambar Disini