Tarikh : 01 Februari 2024 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : Google Meet Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Latihan keusahawanan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan tempatan yang sudah mempunyai perniagaan di platform media sosial. Selain itu, dapat memberikan latihan keusahawanan dalam pemasaran digital secara atas talian yang kerap digunakan oleh usahawan dan pelanggan. Disamping itu, dapat membimbing para usahawan PEDi Kg Ranau dalam meluaskan perniagaan dan meningkatkan jualan melalui pelbagai jenis platform digital yang boleh digunakan seperti tiktok shop yang kini menjadi pilihan para usahawan dan pelanggan.
Aktiviti
Petugas telah membantu para usahawan yang ingin belajar untuk menggunakan tiktok shop affiliate dengan memberikan penerangan yang jelas mengenai cara untuk mendaftar akaun tiktok para usahawan. Selain itu, tiktok shop affiliate yang digunakan oleh usahawan ini juga dapat membantu untuk mempromosikan lagi jualan mereka dan lebih memudahkan mereka untuk berkomunikasi dengan pelanggan.