Tarikh : 02 Februari 2024 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : Google Meet Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Kelas keusahawanan ini mempelajari tentang suntingan imej produk yang bertujuan untuk memberikan latihan dan kemahiran asas dalam suntingan imej kepada perniagaan para usahawan. Selain itu, para usahawan boleh menyunting imej produk tersendiri mengikut kreativiti yang ada pada mereka bagi menghiasi imej produk untuk tujuan pemasaran.
Aktiviti
Kelas suntingan imej produk ini menggunakan perisian adobe photoshop dimana ia dapat membantu usahawan untuk menyunting imej produk mereka. Seterusnya, hasil imej produk mereka akan digunakan untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran. Oleh itu, usahawan telah mengambil peluang untuk mengikuti latihan keusahawanan ini agar kemahiran dalam suntingan imej produk dapat ditingkatkan lagi.