Tujuan

Latihan keusahawanan ini dijalankan untuk membimbing usahawan PEDi dalam memasarkan produk dengan menggunakan akaun facebook page. Puan Rika hadir ke PEDi Kg Ranau bagi mendapatkan bantuan daripada petugas berkenaan cara untuk mengemaskini facebook page yang digunakan untuk memasarkan produk beliau.

Aktiviti

Petugas membantu memberi tunjuk ajar secara terperinci berkenaan cara menambah produk jualan didalam marketplace facebook. Seterusnya, Puan Rika juga belajar tentang cara untuk memasarkan produk dengan strategik untuk meningkatkan aktiviti pemasaran produk beliau. PEDi Kg Ranau juga menjadi one stop center bagi usahawan yang ingin menambahkan ilmu kemahiran ICT mereka dalam mengikuti kelas keusahawanan yang sering dilaksanakan di PEDi.

Gambar Disini