Tujuan

Bengkel rancangan perniagaan ini dijalankan di PEDi Kg Ranau yang telah dikendalikan oleh usahawan PEDi iaitu, En Ardhani juga merupakan pengasas Zhas Studio. Bengkel ini juga bertujuan untuk membantu para usahawan yang ingin mempertingkatkan kefahaman mereka tentang perniagaan produk yang mereka ceburi. Selain itu, usahawan juga boleh mempelajari mengenai cara penyediaan rancangan perniagaan dengan betul. Oleh itu, En Ardhani bersama usahawan yang lain saling membantu untuk melihat potensi perjalanan perniagaan yang sedang dijalankan bagi meningkatkan hasil yang baik.

Aktiviti

Aktiviti ini diadakan di PEDi Kg Ranau dan petugas juga telah membantu untuk menyediakan kemudahan seperti komputer dan penggunaan internet yang membolehkan bengkel ini berlangsung. Di samping itu, En Ardhani juga menerangkan tentang rancangan perniagaan yang perlu diketahui oleh setiap usahawan bagi meningkatkan lagi perniagaan mereka.

Gambar Disini