Tujuan

Kelas membuat resume ini bertujuan untuk memberikan pendedahan secara lebih terperinci kepada para belia yang merupakan lepasan SPM. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu mereka untuk mengetahui tentang cara menghasilkan resume yang betul dan lengkap. Tambahan pula, dengan adanya pengetahuan asas mengenai resume mereka boleh terus memohon pekerjaan untuk mencari pengalaman selepas SPM.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan daripada petugas PEDi mengenai aplikasi yang akan digunakan untuk menghasilkan resume yang lengkap. Seterusnya, para pelajar juga boleh menghasilkan resume yang lengkap dengan adanya bimbingan daripada petugas PEDi.

Gambar Disini