Tarikh : 09 Februari 2024 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Aktiviti penulisan ms word ini diadakan untuk menjana minda dan membentuk minat para pelajar untuk membuat satu penulisan dengan menggunakan ms word. Selain tu, aktiviti ini dapat untuk meningkatkan tahap kemahiran ict mereka dalam menggunakan komputer secara praktikal dengan bantuan petugas PEDi Kg Ranau.
Aktiviti
Para pelajar diberikan satu arahan untuk menyiap penulisan dengan menggunakan ms word dalam komputer. Seterusnya, mereka juga perlu memastikan setiap perkataan ditaip dengan betul dan mengikut format penulisan yang telah ditetapkan oleh petugas. Oleh itu, aktiviti ini dapat mengisi masa lapang para pelajar dengan perkara yang bermanfaat dan mendatangkan kebaikan dimasa akan datang dengan penggunaan teknologi yang semakin canggih.