Tarikh : 05 Mac 2024 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk mengajarkan para peserta cara menggunakan perisian Ms Power Point bagi menghasilkan satu slide pembentangan. Selain itu, para peserta juga dapat meningkatkan lagi kemahiran ict dalam penggunaan setiap perisian yang ada didalam komputer. Tambahan pula, kelas ini boleh memudahkan para peserta untuk menggunakan komputer di PEDi Kg Ranau.
Aktiviti
Para peserta diberikan penerangan untuk mengenali setiap komponen serta fungsi yang terdapat dalam Ms Power Point. Seterusnya, petugas akan memantau mereka untuk memastikan dapat menghasilkan satu slide pembentangan dengan menggunakan ms power point. Petugas juga akan memastikan para peserta dapat memahami cara menggunakan power point dengan betul.