Tarikh : 07 Mac 2024 Masa : 03.00Pm - 4.30Pm Lokasi : NaDI Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Akiviti Soft skills ini bertujuan untuk membantu para belia untuk mendapatkan resume yang ringkas dan padat bagi tujuan permohonan kerja. Selain itu, aktiviti ini boleh memberikan pendedahan mengenai penghasilan resume yang dihasilkan oleh mereka. Di samping itu, NaDI Kg Ranau juga boleh membantu para belia yang memerlukan bimbingan dalam kemahiran soft skills.
Aktiviti
Teknik membuat resume ini dimulakan dengan sesi penerangan daripada petugas NaDI mengenai aplikasi yang akan digunakan untuk menghasilkan resume yang lengkap. Kemudian, belia akan melengkapkan maklumat peribadi dan semua maklumat penting untuk menyiapkan satu resume yang lengkap. Tambahan pula, para belia boleh menghasilkan resume tersendiri mengikut kreativiti masing-masing.