Tujuan

Akiviti Stem (Diy Dekorasi) ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar mengekspresikan kreativiti mereka dengan cara yang unik dan peribadi. Selain itu, para pelajar boleh menggunakan bahan seperti batang ais krim, gam, dan gunting untuk menghasilkan satu bentuk dekorasi yang menarik dan kreatif. Di samping itu, melakukan DIY dekorasi juga satu proses yang menyeronokkan dan memuaskan kerana individu berpeluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti kreatif.

Aktiviti

Para pelajar akan menghasilkan satu dekorasi mengikut kreativiti masing-masing. Seterusnya, para pelajar akan menggunakan bahan yang disediakan seperti batang ais krim dan gam untuk menghasilkan satu bentuk objek. Petugas NaDI Kg Ranau juga sentiasa memantau aktiviti para pelajar dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Di samping itu, para pelajar dapat melihat hasil akhir dari hiasan dekorasi mereka.

Gambar Disini