Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada belia yang memerlukan bimbingan dalam penulisan resume. Selain itu, belia juga dapat menghasilkan resume yang lengkap dan boleh digunakan untuk tujuan permohonan kerja. Tambahan pula, belia dapat menambahkan kemahiran dalam penulisan resume yang perlu dikuasai oleh mereka.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan daripada petugas NaDI mengenai aplikasi yang akan digunakan untuk menghasilkan resume yang lengkap. Seterusnya, belia juga boleh mengisi maklumat peribadi untuk melengkapkan data yang perlu ada dalam resume. Di samping itu, petugas NaDI juga akan terus membantu para belia yang ingin membuat resume untuk mendapatkan pekerjaan di masa akan datang.

Gambar Disini