Tarikh : 12 Mac 2024 Masa : 2.00Pm - 4.30Pm Lokasi : NaDI Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Ms Word latihan menaip ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran ICT para pelajar dalam menggunakan komputer. Selain itu, para pelajar juga akan sentiasa mengingati komponen yang terdapat dalam ms word dan komputer itu. Oleh itu, para pelajar dapat memperolehi banyak manfaat dengan mengikuti kelas ICT yang diadakan di NaDI Kg Ranau.
Aktiviti
Para pelajar sangat berminat untuk mengikuti kelas ICT ms word yang diadakan di NaDI Kg Ranau. Para pelajar juga merupakan ahli aktif yang sering mengikuti perkembangan kelas-kelas yang diadakan di NaDI Kg Ranau. Petugas memberikan arahan kepada para pelajar untuk memulakan sesi latihan menaip bagi menguji tahap kefahaman mereka dalam menggunakan ms word.