Tujuan

Aktiviti STEM dengan menggunakan Lego diy bertujuan untuk melibatkan para pelajar dalam pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Selain itu, para pelajar juga dapat menjana minda dengan permainan lego yang memerlukan mereka untuk berfikir bagi menyiapkan satu lego tersebut. Oleh itu, aktiviti sebegini dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan menarik minat para pelajar untuk terus aktif bersama NaDI Kg Ranau.

Aktiviti

Petugas akan membekalkan satu bentuk lego yang perlu dihasilkan oleh para pelajar. Seterusnya, para pelajar akan diberikan masa dalam menyiapkan lego tersebut dan memerlukan kemahiran berfikir KBAT dalam menyusun atur bentuk lego. Di samping itu, dapat meningkatkan daya kreativiti mereka dalam penghasilan bentuk lego yang diberikan.

Gambar Disini