Tujuan

NaDI Kg Ranau mengadakan aktiviti stem (connect IT) bersama para pelajar yang terdiri daripada sekolah menengah. Tujuan aktiviti ini untuk menguji minda para pelajar dengan menyelesaikan masalah dalam bentuk permainan. Selain itu, objektif permainan STEM ini secara tidak langsung dapat meningkatkan daya fikir secara kritikal dan kreatif bagi para pelajar.

Aktiviti

Petugas NaDI Kg Ranau memberikan satu laman web iaitu engineering.com untuk digunakan oleh para pelajar dalam aktiviti STEM conncet IT ini.  Seterusnya, para pelajar hendaklah menyelesaikan tugasan stem mengikut level masing-masing. Oleh itu, para pelajar dapat membuka minda mereka dengan lebih luas dalam permainan ini kerana ia memerlukan satu pemikiran aras tinggi (KBAT).

Gambar Disini