Tarikh : 04 April 2024 Masa : 9.00Am - 11.00Am Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Latihan keusahawanan ini dapat membantu usahawan yang baru dalam bidang perniagaan untuk memasarkan produk jualan mereka dengan menggunakan platform seperti shopee dan tiktok. Selain itu, usahawan juga boleh meminta bimbingan daripada rakan digital dan petugas NADI Kg Ranau untuk terus aktif dalam mempromosikan produk mereka.
Aktiviti
Petugas membantu memberi tunjuk ajar secara terperinci berkenaan cara menambah produk jualan di dalam kedai shopee dan tiktok. Puan Ritaniya juga turut belajar tentang cara untuk memasarkan produk dengan strategik untuk meningkatkan aktiviti pemasaran produk beliau.