Tarikh : 05 April 2024 Masa : 3.00Pm - 4.00Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Aktiviti e-learning ICT yang memfokuskan pada kuiz ramadhan ini dapat menarik minat para pelajar untuk menyertai kuiz-kuiz yang diadakan di NADI Kg Ranau. Selain itu, para pelajar juga dapat mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang mendatangkan manfaat dan boleh meningkatkan pengetahuan secara luas. Di samping itu, para pelajar juga dapat mengulang kaji pelajaran dengan mengikuti kuiz e-learning di NADI Kg Ranau.
Aktiviti
Para pelajar menggunakan komputer dan internet untuk mengakses bahan pembelajaran dan kuiz-kuiz yang mereka ikuti. Seterusnya, para pelajar juga akan menjawab kuiz yang telah disediakan oleh petugas untuk menguji tahap pemahaman para pelajar mengenai kuiz ramadhan yang dijalan di NADI Kg Ranau. Tambahan pula, petugas sentiasa memberikan bimbingan kepada para pelajar dalam melayari internet.