Tarikh : 12 April 2024 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
E-Learning ICT ini dijalankan untuk memberi penekanan tentang pentingnya pengurusan masa dan bagaimana untuk menguruskan masa dengan lebih berkesan kepada para pelajar. Selain itu, para pelajar juga dapat mengatur aktiviti harian mereka dengan lebih baik untuk memastikan masa mereka dapat digunakan dengan betul dan teratur. Tambahan pula, para pelajar terlebih dahulu perlu mengetahui cara untuk melihat jam dengan betul.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan pengenalan kepada jam dan minit yang perlu dikuasai oleh para pelajar. Seterusnya, para pelajar diarahkan untuk mengatur jadual harian mereka dengan menggunakan laman web https://wordwall.net/ms-my/community/pengurusan-masa. Aktiviti ini menjadi tarikan kepada para pelajar untuk terus melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang ada di NADI Kg Ranau.