Tujuan

Kelas Ms Word yang diadakan di NADI Kg Ranau membincangkan tentang bagaimana untuk menghasilkan jadual dengan hanya menggunakan ms word. Selain itu, kelas ini dapat membantu para pelajar dalam menghasilkan jadual seperti jadual kelal, jadual solat dan jadual aktiviti harian mereka. Di samping itu, para pelajar dapat memupuk semangat untuk terus mempelajari bidang ICT dengan lebih luas bersama NADI Kg Ranau. 

Aktiviti

Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan mengenai ms word yang mempunyai banyak fungsi dalam pembelajaran ICT. Seterusnya, mereka juga perlu menghasilkan jadual dengan menggunakan ms word yang mudah untuk difahami. Para pelajar yang mengikuti kelas ini turut mengambil peluang dalam menyiapkan jadual harian mereka untuk rujukan dirumah.

Gambar Disini