Tujuan

Aktiviti ini bertujuan bagi membantu para peserta mendaftar bank secara atas talian untuk memudahkan urusan kewangan mereka. Selain daripada itu, para peserta juga dapat mengetahui cara bagaimana untuk menggunakan bank atas talian dan boleh mempelajari untuk meningkatkan lagi perkhidmatan perniagaan mereka. Oleh itu, para peserta dapat menjimatkan masa dengan hanya memuat turun aplikasi bank mereka dan mendaftar mengikut arahan yang telah diberikan.

Aktiviti

Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan kepada usahawan yang baru membuka perbankan atas talian. Seterusnya, usahawan juga telah mempelajari cara untuk melog masuk akaun bank dan cara untuk menyemak baki dalam akaun serta cara melakukan transaksi wang secara atas talian. Di samping itu, usahawan juga dapat mempelajari cara untuk mengeluarkan salinan penyata bank dari e-statement bank masing-masing.

Gambar Disini