Tujuan

Aktiviti STEM iaitu kipas origami ini diadakan di NADI Kg Ranau bersama pelajar sekolah rendah. Selain itu, aktiviti ini melibatkan teknik origami yang merupakan seni lipatan kertas perlu dikuasai oleh para pelajar. Dalam konteks STEM, aktiviti ini juga bertujuan untuk mengintegrasikan konsep-konsep dan kejuruteraan dengan pembuatan objek praktikal seperti kipas.

Aktiviti

Petugas telah menyediakan bahan yang akan digunakan dalam menghasilkan kipas origami ini. Seterusnya, para pelajar perlu mempelajari teknik origami yang  diperlukan untuk tujuan lipatan kertas menjadi satu bentuk kipas yang betul. Di samping itu, penyesuaian dan pemilihan reka bentuk juga dapat mempengaruhi kesan kepada hasil kipas origami dengan corak lipatan atau mencipta variasi dalam reka bentuk kipas yang betul.

Gambar Disini