Tarikh : 19 April 2024 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Aktiviti STEM yang hanya menggunakan lego diy bertujuan untuk menarik perhatian para pelajar dalam pembelajaran yang interaktif dan lebih menyeronokkan. Selain itu, para pelajar juga dapat menjana minda dengan permainan lego yang memerlukan mereka untuk berfikir aras KBAT. Oleh itu, aktiviti sebegini dapat meningkatkan kemahiran berfikir para pelajar dengan lebih baik.
Aktiviti
Petugas telah menyediakan satu bentuk lego yang perlu disiapkan oleh para pelajar mengikut waktu yang telah ditetapkan. Seterusnya, para pelajar akan diberikan masa dalam menyiapkan lego dan memerlukan kemahiran berfikir KBAT dalam menyusun atur bentuk lego. Di samping itu, dapat meningkatkan tahap pemikiran yang kritis dan daya kreativiti mereka dalam penghasilan bentuk lego.