Tarikh : 18 Ogos 2018 Masa : 2.00PM- 4.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Kelas ICT pada kali ini bertujuan untuk memberi asas kemahiran tentang Microsoft Office Excel 2016 khususnya pelajar rendah. Asas kemahiran yang diperkenalkan ini dapat diterapkan dalam penggunan komputer pada masa kini.Sehubungan dengan itu, dapat membantu para pelajar menguasai dengan lebih baik penggunaan Microsoft Office Excel . Selain daripada itu, Kelas ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang asas penggunaan MS Excel 2016 secara mendalam dan terperinci sekaligus dapat membimbing dan membantu mereka sehingga mahir dalam menggunakan Microsoft Office Excel 2016 yang terkini.
Aktiviti
Para peserta terlebih dahulu di beri taklimat mengenai silibus pembelajaran yang akan mereka belajar pada hari tersebut. selepas itu, mereka akan diajar mengenai asas pengenalan Microsoft Office Excel 2016 secara teori dan praktikal. Secara teori, Para peserta telah di ajar mengenai setiap komponen-komponen yang terdapat dalam MS Excel 2016 dan mereka perlu memahami setiap komponen dan fungsi tersebut.Para pelajar juga dapat menerokai setiap penggunaan didalam MIcrosoft Office Excel 2016. Seterusnya, secara paraktikal, para pelajar diajar cara-cara menyediakan jadual waktu dalam bentuk pengiraan. Mereka diajar satu demi satu tentang cara untuk menyediakan jadual dengan menggunakan formula atau rumus di dalam Ms Excel tersebut. Secara keseluruhan, para peserta dapat belajar dan memahami fungsi dan kegunaan komponen didalam Ms Excel 2016 tersebut.