Tujuan

Kelas ICT Ms Word ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada asas penggunaan komputer serta meningkatkan kemahiran dalam menaip dengan cara yang betul. Para pelajar juga dapat mempelajari cara untuk menggunakan papan kekunci untuk menaip surat kiriman rasmi dan mengenali setiap komponen yang terdapat dalam ms word. Oleh itu, aktiviti ini juga dapat menyampaikan tentang betapa pentingnya penggunaan komputer pada masa kini.

Aktiviti

Petugas memulakan dengan sesi penerangan mengenai kepentingan latihan asas menaip dan penerangan mengenai surat kiriman rasmi kepada para pelajar. Seterusnya, para pelajar mengikuti arahan yang diberikan tentang bagaimana untuk membuat surat kiriman rasmi dan mengajar tentang cara-cara menggunakan papan kekunci untuk menaip melalui ms word. Natijahnya, para pelajar dapat memahami cara penggunaan papan kekunci dan komputer dengan betul serta mengetahui semua komponen yang terdapat dalam ms word.

Gambar Disini