Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan memupuk kreativiti dan inovasi para pelajar. Selain itu, aktiviti reka bentuk kapal terbang memerlukan pelajar untuk menghadapi pelbagai cabaran dan mencari penyelesaian yang efektif, mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah mereka. Seterusnya, proses reka bentuk juga menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan inovatif dalam mencari cara untuk meningkatkan prestasi dan kecekapan kapal terbang.

Aktiviti

Para pelajar terlebih dahulu memastikan bentuk kapal terbang yang sesuai untuk dihasilkan. Kemudian, petugas akan memberikan kertas A4 untuk mereka menghasilkan bentuk kapal terbang mengikut saiz ukuran masing-masing. Di samping itu, pelajar bukan sahaja memperoleh pengetahuan teoritikal tetapi ia juga pengalaman praktikal yang berguna dalam pembangunan diri dan akademik mereka.

Gambar Disini