Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan lagi para pelajar dan belia terus aktif dalam mengikuti kelas-kelas yang diadakan di NADI Kg Ranau. Selain itu, para peserta dapat mempelajari kemahiran menyunting poster secara atas talian dengan menggunakan aplikasi canva. 

Aktiviti

Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan kepada para peserta mengenai aplikasi canva yang memudahkan mereka untuk menghasilkan poster. Seterusnya, para pelajar diberikan tugasan untuk menghasilkan poster yang menarik mengikuti hasil kreatif masing-masing. Melalui aktiviti ini, para pelajar akan lebih mengingati cara-cara menyunting imej untuk membuat poster.

Gambar Disini