Tujuan

SK Langkon memberi peluang para usahawan dan juga Agensi untuk membuat pelbagai pameran dan menjemput Petugas NADI Kluster Kota Marudu untuk memperkenalkan objektif penubuhan NADI serta mempromosikan penggunaan NADI kepada komuniti setempat Sempena Menyambut perayaan Pesta Kamaatan di Sekolah Kebangsaan Langkon. Selain itu, adanya program seperti ini ianya dapat meningkatkan Ahli NADI sekaligus dapat menyebarkan manfaat kebaikan dan objektif utama penubuhan NADI kepada komuniti khususnya para usahawan serta pelajar yang ingin mneingkatkan kemahiran ICT, E-Pembelajaran, Aktiviti STEM dan E-dagang untuk usahawan dalam memperluaskan perniagaan mereka secara dalam talian seperti shopee dan tiktok. Petugas NADI telah memberi sedikit penerangan kepada komunti dan pelajar yang berkunjung di booth NADI untuk menjelaskan aktiviti yang dapat dilakukan dan perkhidmatan yang ada di setiap NADI di kawasan Kota Marudu. Seterusnya, tujuan petugas NADI untuk mengikuti pameran ini adalah untuk menjadikan NADI sebagai one-stop center kepada komuniti untuk membantu mereka mendapatkan rangkaian internet yang baik serta meningkatkan kemahiran komuniti dalam bidang ICT serta dapat membantu usahawan celik IT dan memperluaskan pasaran mereka dalam media sosial serta rangkaian seperti Shopee. 

Aktiviti

Petugas Kluster Kota Marudu membuat pameran untuk mempromosikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional kepada komuniti setempat dan kepada pelajar sekolah dimana para petugas menerangkan perkhidmatan serta objektif penubuhan NADI kepada komuniti dan pelajar. selain itu, Petugas juga memberi brochure kepada pengunjung-pengunjung yang ada di situ. Seterusnya, pelajar yang berkunjung di booth NADI berpeluang untuk bermain permainan berasaskan komputer seperti kuiz pembelajaran dan Advokasi dan aktiviti STEM iaitu puzzle book.

Gambar Disini