Tujuan

Aktiviti ini dilakukan bertujuan Penekanan ilmu penyelesaian masalah dengan menggunakan aplikasi engineering.com dalam pendidikan hari ini dilihat penting dalam usaha memupuk minat dan menggalakkan pelajar-pelajar menerokai bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik secara lebih menyeluruh. Memupuk budaya yang menghargai STEM pada peringkat awal usia adalah penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan STEM dalam masyarakat. Selain itu, kelas ini bertujuan untuk melahirkan pelajar dengan literasi yang tinggi terhadap STEM yang mana ditentukan melalui keupayaan untuk mengenal pasti dan mengintegrasikan konsep sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik untuk memahami masalah yang kompleks dan membuat inovasi untuk menyelesaikan masalah

Aktiviti

Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan mengenai skop atau definisi STEM secara umum kepada pelajar kemudian para pelajar perlu mempelajari beberapa projek mini inovasi STEM yang terdapat dalam laman youtube. Seterusnya, mereka perlu menyelesaikan games dalam aplikasi stem engineering.com dengan mengunakan daya pemikiran dan fokus. Setiap pelajar menunjukkan komitmen yang baik dalam menjayakan projek STEM. Sepanjang kelas berlansung pelajar sangat memberi perhatian dan teliti dalam melakukan tugasan mereka. 

Gambar Disini