Tarikh : 02 September 2018 Masa : 2.00PM- 04.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 24 Orang |
Tujuan
Sempena Hari Malaysia 2018, Pusat Internet Kg ranau telah mengadakan satu aktiviti Teka Silang Kata di kalangan Para pelajar. Aktiviti teka silang kata ini dijalankan adalah untuk menyemarakkan perasaan cintakan negara dengan semangat patriotik yang mendalam terhadap negara tercinta. Disamping itu juga, Para pelajar juga didedahkan dengan mempelajari dan memahami maksud disebalik soalan-soalan yang diberikan. Para pelajar dapat mengasah minda mereka dengan memikirkan jawapan yang sesuai dengan soalan yang berkaitan dengan kenegaraan Malaysia. Selain itu, para pelajar dapat belajar ilmu pengetahuan yang baru dengan mempelajari sejarah tokoh Malaysia. Sekaligus, dapat memupuk semangat kekitaan dan dan mengeratkan lagi silaturahim diantara warga komuniti khususnya ahli pi dengan komuniti yang lain khususnya dikalangan anak muda.
Aktiviti
Aktiviti Teka Silang Kata ini bermula pada waktu petang iaitu seawal jam 2 petang dengan menunggu kedatangan para peserta untuk sesi pendaftaran. Aktiviti ini mendapat sambutan dari golongan sekolah rendah iaitu berumur dari 7 tahun sehingga 12 tahun. Pada jam 2:15 petang, Aktiviti ini telah dimulai oleh petugas dengan memberi taklimat pengenalan dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh para peserta dimana aktiviti teka silang kata ini mengambil masa 45 minit untuk menjawab setiaoa soalan yang diberikan. Dalam masa 45 minit, para pelajar telah di asingkan mengikut tahap 1 dan 2. bagi tahap 1, umur 7 tahun sehingga 9 tahun. Manakala, tahap 2 berumur dari 10 tahun sehingga 12 tahun. Para peserta tidak dibenarkan untuk meniru kerana markah penilaian sedang diambil sepanjang aktiviti berlangsung. Selepas habis 45 minit, para pelajar perlu menyerahkan kertas mereka kepada petugas, dan petugas akan menilai dan memberi markah bagi mereka yang mendapat markah yang tertinggi. Semasa menunggu penilaian markah, para pelajar perlu menunggu dengan melihat tayangan video mengenai hari malaysia. Pada jam 3:45 petang, penyampaian hadiah diberikan kepada pemenang mengikut tahap 1 dan 2. Secara keseluruhannya, aktiviti ini telah siap jam 4 petang. Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang positif dari kalangan ahli pi dan berharap aktiviti sebegini dapat di jalankan pada masa akan datang lagi.