Tarikh : 09 Ogos 2024 Masa : 2.30 Pm - 4:30 Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Latihan Keusahawanan ini dijalankan untuk membantu usahawan yang ingin memulakan perniagaan mereka dengan menggunakan pelbagai Aplikasi Digital seperti Facebook Page untuk meningkatkan atau mempromosikan perniagaan mereka. Pada masa kini ramai usahawan menggunakan platform Facebook Page sebagai salah satu cara untuk meningkatkan sales perniagaan mereka. Selain itu, Petugas membantu usahawan dari segi cara-cara membuka dan menggunakan Akaun Facebook Page. Oleh itu, Latihan Keusahawanan ini dapat membantu para usahawan untuk membuka atau mempromosi perniagaan mereka secara bersemuka menggunakan Facebook Page.
Aktiviti
Latihan Keusahawanan ini diadakan secara bersemuka dengan seorang usahawan yang hadir untuk mengikuti latihan keusahawanan ini. Petugas memulakan sesi penerangan asas untuk membuat Facebook Page dan membincangkan bagaimana untuk memulakan perniagaan dengan menggunakan akaun Facebook Page atau secara dalam talian.