Tujuan

Kelas membuat roti yang diadakan di NADI Kg Ranau bertujuan untuk berkongsi kemahiran bersama komuniti terutamanya golongan wanita yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Selain itu, aktiviti ini dapat membantu para peserta untuk mengetahu cara yang mudah menghasilkan Egg Tart dan kek puding. 

Aktiviti

Para peserta diberikan penerangan terlebih dahulu mengenai resipi egg tart dan kek. Seterusnya, para peserta telah diberikan resipi dan teknik untuk membuat kuih sambil mereka diarahkan untuk membuat egg tart dan kek puding secara praktikal dengan bantuan tenaga pengajar Miss Lina. Sepanjang kelas ini dijalankan, tenaga pengajar juga telah berkongsi tentang cara-cara untuk menjadi usahawan roti dan kek dengan permulaan perniagaan secara kecil-kecilan.

Gambar Disini