Tarikh : 10 September 2024 Masa : 2.30 Pm - 4:30 Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Latihan keusahawanan ini bertujuan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada usahawan yang mempunyai perniagaan sendiri. Kelas keusahawanan labeling produk ini juga bertujuan untuk mengajar usahawan cara-cara membuat stiker atau logo perniagaan untuk kegunaan produk mereka.Selain itu,Petugas memberi taklimat dan mengajar usahawan untuk menghasilkan logo perniagaan dengan menggunakan canva. Di samping itu, para komuniti dapat mengaplikasikan kemahiran yang mereka pelajari dalam menghasilkan sebuah grafik atau imej yang menarik bagi hasil kerja mereka dengan lebih kreatif.
Aktiviti
Kelas ini dijalankan di NADI Kg Ranau dan dimulaikan dengan sesi pengenalan latihan keusahawanan stiker/logo labeling produk menggunakan canva daripada petugas NADI. Selain itu, penghasilan stiker ini juga merupakan platform maklumat tentang produk tersebut. Dengan adanya, stiker/logo label pelanggan dapat mengetahui maklumat perniagaan terutamanya bagi perniagaan produk makanan dan minuman. Selain Itu, Ianya dapat meningkatkan kualiti produk usahawan.