Tarikh : 07 September 2018 Masa : 2.00PM- 4.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Modul 4 ini bertujuan untuk memberi kemahiran dan asas pengenalan Ms Power Point kepada para pelajar sekolah menengah. Disamping itu juga, dapat memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Sekaligus, mendedahkan mereka bagaimana menggunakan komputer dengan baik. Kelas ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu kemahiran ICT dimana dapat membantu mereka (pelajar) untuk menyiapkan kerja-kerja kursus sekolah. Disamping itu juga tujuan kelas ini adalah untuk membimbing dan membantu mereka secara terperinci tentang penggunaan komputer dan menerokai penggunaan Microsoft Office Power Point 2016 yang terkini.
Aktiviti
Para pelajar akan diajar secara teori dan praktikal. Secara teori, para pelajar akan diajar untuk mengenali dan mengetahui setiap komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Power Point dan diberi nota layout sebagai rujukan dan memudahkan mereka sepanjang pembelajaran. Para pelajar kemudiannya diajar untuk menerokai setiap penggunaan didalam Ms Power Point 2016 serta fungsinya. Disini para pelajar akan belajar secara satu persatu bagaimana hendak menghasilkan sebuah slide pembentangan yang menarik dengan menggunakan komponen animasi yang terdapat didalam Ms Power Point 2016. Secara keseluruhannya, para pelajar dapat memahami fungsi serta kegunaan komponen yang ada didalam Ms Power Point 2016 dengan baik dan terperinci dengan adanya kelas ICT ini.