Tujuan

Guru Besar Sk Ranau telah menjemput NADI Kg Ranau sebagai Fasilitator dalam kursus Delima 2.0 kepada ibubapa atau penjaga Sk Ranau. Selain itu, NADI Kg Ranau membuat Taklimat berkenaan dengan NADI S.A.F.E dan pengenalan NADI kepada ibu bapa, guru-guru dan Pelajar Sk Ranau. Dalam Program ini, petugas NADI membantu ibu bapa untuk log masuk akaun Delima 2.0. 

Aktiviti

Sepanjang program ini, Petugas dapat membantu ibu bapa untuk mengemaskini maklumat anak mereka dalam aplikasi Delima 2.0 ini. Seterusnya, Aktiviti seperti Kuiz KDB turut diadakan oleh petugas NADI agar ibu bapa dapat memahami pengisian yang disampaikan oleh petugas NADI berkenaan dengan penganalan NADI dan KDB NADI S.A.F.E. Selain itu, Aktiviti seperti menderma darah dan cek kesihatan secara percuma turut dilaksanakan di Sk Ranau bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia Hospital Lotong Kota Marudu dan NADI Kg Ranau. Aktiviti Kesejahteraan kendiri ini telah mendapat sambutan yang baik dari ibu bapa dan guru-guru Sk Ranau. 

Gambar Disini