Tarikh :13 September 2018 Masa : 2.00PM- 4.00PM Lokasi :PI Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kelas ICT belia ini diteruskan dengan Modul ke 3 iaitu pembelajaran mengenai Microsoft Office Excel. Pembelajaran kali ini bertujuan untuk memberi pengenalan asas microsoft office excel dengan menerokai komponen-komponen di dalam Microsoft excel. Para belia juga akan dapat mengetahui lebih mendalam mengenai setiap fungi-fungsi di dalam Microsoft excel. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para belia tentang asas pengiraan dengan menggunakan Microsoft excel sekaligus membantu dan membimbing mereka untuk membuat kerja-kerja urusan kerja atau tugasan pada masa akan datang.
Aktiviti
Para peserta terlebih dahulu di beri pengenalan mengenai asas Microsoft Office Excel secara teori. Mereka perlu memahami dan mengetahui setiap komponen-komponen di dalam Microsoft excel sebelum membuat kerja dengan menggunakan Microsoft excel. Disamping itu juga, para peserta di dedahkan mengenai asas pengiraan dengan menggunakan formula atau rumus di dalam Microsoft excel. Selepas mempelajari secara teori mengenai asas Microsoft excel, mereka telah belajar cara untuk membuat jadual pengiraan dengan mengaplikasikan cara-cara mengira dengan menggunakan formula atau rumus di dalam Microsoft excel secara automatik tanpa mengira sendiri.