Tarikh :22 September 2018 Masa : 10.00AM- 12.00PM Lokasi :PI Kg Ranau Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan pendidikan secara online kepada pelajar ahli PI Kg Ranau. Program e-learning maths ini sangat membantu meningkatkan ilmu kemahiran para pelajar didalam bidang perkiraan dengan lebih mencabar dan efektif secara online. Program e-learning ini juga memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT kepada para pelajar pada masa kini. Disamping itu, tujuan program ini diadakan adalah agar para pelajar PI Kg Ranau memanfaatkan keahlian mereka dengan baik dan berguna. Program ini juga bertujuan untuk mendekatkan ahli PI dengan PI Kg Ranau.
Aktiviti
Para pelajar diberi penerangan tentang e-learning maths terlebih dahulu oleh petugas PI. Kemudian mereka akan belajar menggunakan laman web tersebut iaitu www.e-learningforkids dan menerokai dengan lebih terperinci permainan pendidikan yang ada terdapat didalam laman web tersebut. Secara keseluruhannya, program sebegini amat baik kepada pelajar kerana dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online yang amat menyeronokkan dan boleh menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini.