Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pengenalan asas Microsoft Power Point dengan menerokai komponen-komponen di dalam aplikasi ini. Kelas ICT Belia ini diteruskan dengan kumpulan yang lain. Para belia juga dapat mengetahui lebih mendalam mengenai setiap fungsi -fungsi didalam microsoft power point. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para belia tentang asas animasi dan paparan dengan menggunakan aplikasi ini sekaligus membantu dan membimbing mereka untuk membuat kerja-kerja harian/ pejabat atau tugasan pada masa akan datang.

Aktiviti

Para peserta terlebih dahulu diberi pengenalan asas Microsoft Power Point secara teori. Mereka perlu memahami dan mengetahui setiap komponen-komponen di dalam aplikasi ini sebelum membuat kerja dengan menggunakan Power Point. Disamping itu juga, para peserta di dedahkan mengenai asas presentasi dalam bentuk slide yang dilengkapi dengan image, video, audio, clipart dan sebagainya yang terdapat di dalam aplikasi ini. Petugas PI Kg Ranau memberikan tugasan kepada peserta supaya mereka lebih memahami dan mahir menggunakan aplikasi ini kemudian peserta dikehendaki membentangkan hasil tugasan mereka.  Secara keseluruhan aktiviti ini dapat mencapai objektif Pusat Internet Malaysia iaitu menggalakkan penggunaan ICT untuk membina sebuah masyarakat berpengetahuan.

Gambar Disini