Tujuan

Program Jom Gotong Royong & Jom Sihat ini bertujuan untuk mewujudkan komuniti mesra ict dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih. Program ini juga bertujuan agar dapat memupuk semangat kerjasama dan tolong menolong sesama komuniti dan juga staff PI  serta dapat mendidik kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian mereka. 

Aktiviti

Para peserta diberi taklimat terlebih dahulu tentang objektif program dan kemudian petugas PI menerangkan aplikasi Dashboard MyHealth kepada peserta untuk memudahkan mereka memasukan data kesihatan dalam aplikasi ini. Petugas PI melakukan Pemeriksaan Kesihatan ( BMI dan pemeriksaan tekanan darah ) kepada setiap peserta . Selepas itu, Petugas menerangkan satu persatu tentang kawasan pembersihan dan juga agihan tugasan pembersihan kepada peserta gotong royong yang terlibat. Selesai acara gotong royong, peserta diberi makan dan minum. Program Jom Sihat diteruskan dengan aktiviti Pertandingan warna bagi kategori kanak-kanak dan Kuiz Online kategori dewasa Jom Sihat. Secara keseluruhannya,  mereka sangat berbesar hati dan menyokong akan aktiviti kemasyarakatan seperti ini sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama PI dan juga komuniti dan mendekatkan mereka dengan PI. 

Gambar Disini