Tarikh :09 Februari 2019 Masa : 2.00PM- 5.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Kelas Advokasi KDB Menjadi mata-mata gelap di internet ini bertujuan mengajar pelajar sekolah rendah bagaimana hendak mengendalikan pencarian pintar di internet dan belajar bagaimana mengenal pasti garis panduan bagi menilai kredibiliti kandungan di internet. Seterusnya memberi kesedaran betapa pentingnya untuk sentiasa berwaspada dan menyemak sumber maklumat semasa melayari internet.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PI Kg Ranau tentang topik pembelajaran Advokasi KDB menjadi mata-mata gelap di internet. Para pelajar diedarkan buku panduan pelajar supaya mereka boleh merujuk nota-nota penting yang disampaikan oleh Petugas PI Kg Ranau. Penayangan Video dan sesi soal jawab diadakan supaya mereka lebih memahami dan mengingati sesi pembelajaran ini. Melalui aktiviti ini pelajar dapat memahami perbezaan diantara pembohongan dan kebenaran serta fakta dan pendapat dari sumber yang berbeza.