Tarikh : 27 Februari 2019 Masa : 2.00PM- 5.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 12 Orang |
Tujuan
Kelas ICT ini bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office Word 2016 kepada para pelajar sekolah rendah dan pengenalan ringkas mengenai KDB turut diadakan supaya peserta lebih mengingati konsep KDB. Disamping itu juga, dapat memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Sekaligus, mendedahkan mereka bagaimana menggunakan komputer dengan baik.
Aktiviti
Terlebih dahulu, Petugas menerangkan serba ringkas mengenai pengenalan Klik dengan Bijak kepada para pelajar supaya mereka mengetahui kepentingan-kepentingan KDB semasa melayari internet. Selepas itu, para pelajar diajar Microsoft Word melalui teori dan praktikal. Secara teori, para peserta telah diajar dengan mengetahui setiap komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Word 2016. Para peserta diajar untuk menerokai setiap penggunaan didalam Ms Word 2016 serta fungsinya. Kemudian mereka diberi tugasan menaip semula apa yang mereka fahami mengenai KDB dalam ms word. Secara keseluruhannya, para peserta dapat memahami fungsi serta kegunaan komponen yang ada didalam Ms Word 2016 dengan lebih terperinci dengan adanya kelas ICT ini.