Tarikh : 03 Mac 2019 Masa : 2.00PM- 5.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Kelas ICT ini adalah bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office publisher 2016 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Disamping itu juga, dapat memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Sekaligus, mendedahkan mereka bagaimana menggunakan komputer dengan baik. Selain daripada itu, Modul ini juga bertujuan membantu pelajar untuk menyiapkan tugasan mereka dalam Microsoft Office Publisher 2016 sekaligus mendedahkan mereka kepentingan mengenai perisian ini.
Aktiviti
Terlebih dahulu, para belia telah diajar melalui teori dan praktikal. Secara teori, para peserta telah diajar dengan mengetahui setiap komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Publisher 2016. Para peserta diajar untuk menerokai setiap penggunaan didalam Ms Publisher 2016 serta fungsinya. Secara keseluruhannya, para pelajar dapat memahami fungsi serta kegunaan komponen yang ada didalam Ms Publisher 2016 dengan lebih terperinci dengan adanya kelas ICT ini.