Tujuan

Pengenalan Media Sosial kepada pelajar bertujuan memberi pengetahuan tentang jenis-jenis media sosial serta kepentingannya dalam kehidupan seharian. Kelas Asas Adobe Photoshop cs6 ini adalah bertujuan untuk memberi kemahiran kepada para pelajar sekolah menengah akan asas penggunaan perisian tersebut serta belajar bagaimana hendak menghasilkan sebuah grafik atau imej yang menarik untuk hasil kerja mereka. 

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan Pengenalan ringkas  Media Sosial kepada pelajar. Mereka dikehendaki mencari maklumat -maklumat yang berkaitan dengan media sosial untuk rujukan mereka. Selepas itu kelas adobe photoshop diteruskan dengan penerangan ringkas cara- cara mengedit grafik atau imej daripada Petugas PI Kg Ranau. Selain itu Petugas memberikan peserta menonton Video untuk mengajar tentang pengenalan kepada perisian adobe photoshop cs6 dan memberi pengenalan tentang fungsi-fungsi peralatan suntingan yang terdapat didalam adobe photoshop cs6. Kemudian peserta belajar secara praktikal menggunakan adobe photoshop cs6 yang dibimbing oleh petugas PI. Petugas Pi memberikan satu tugasan untuk menghasilkan sebuah poster yang dihasilkan sendiri oleh para peserta.

Gambar Disini