Tarikh : 19 Mac 2019 Masa : 2.00PM- 5.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Kelas ini diteruskan melalui pelajaran KDB Menjadi mata-mata gelap di Internet bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada ahli pi tentang perbandingan sumber maklumat daripada laman web yang berlainan. Pelajar akan dapat mengetahui kewibawaan, ketepatan, tempoh masa dan objektiviti dari sumber maklumat tersebut supaya mereka dapat membuat perbandingan dengan cara yang betul. Selain itu juga, kelas ini juga bertujuan untuk mengisi masa lapang para ahli pi waktu petang dan mendekatkan lagi mereka dengan PI Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti bermula dengan sesi penerangan daripada petugas PI mengenai topik ini, dan sesi soal jawab antara pelajar dan petugas dijalankan agar pelajar lebih memahami perbandingan sumber maklumat. Kemudian pelajar dikehendaki mencari sumber maklumat berdasarkan laman web yang diberikan mengenai topik Klik Dengan Bijak dan menaip semula di Ms Word apa yang telah mereka fahami dan ingati. Selepas itu, tayangan video KDB perbandingan sumber maklumat dilaman youtube.